Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhb meneruskan aktiviti tahunan sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1448H dengan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Asyura yang disertai 8 pasukan merangkumi semua unit dan bahagian. Edisi kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila pasukan dari Kilang Sawit Bukit Bandi + Janakuasa Biogas merangkul tempat pertama dengan bubur asyura daging rusa berjaya menarik minat para juri.Hadiah disampaikan oleh Ketua Eksekutif YM Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang.