Polisi Konflik Kepentingan merupakan komitmen Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) dalam memastikan setiap keputusan dan tindakan dibuat secara telus, adil serta bebas daripada sebarang kepentingan peribadi yang boleh mempengaruhi objektiviti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Objektif utama polisi ini adalah untuk memelihara integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik melalui pengisytiharan, pengurusan dan kawalan konflik kepentingan.