Seluruh warga kerja Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. dengan penuh takzim dan hormatnya merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu di atas pengurniaan Bintang Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) kepada Yang Mulia Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang, Ketua Eksekutif Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 64 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Sesungguhnya pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna ke atas jasa, komitmen, dan kepimpinan cemerlang beliau dalam memacu industri perladangan serta sumbangan bakti kepada kemakmuran Negeri Terengganu Darul Iman.
Dirgahayu Tuanku.
Sembah Takzim daripada:Pengurusan & Seluruh Warga Kerja Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.