Buletin

Media Buletin Karnival Komuniti LRTSB 2026
03 October 2026

Karnival Komuniti LRTSB 2026

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd sekali lagi berjaya menganjurkan Karnival Komuniti LRTSB bagi edisi 2026. Pelbagai acara sukan untuk komuniti telah diadakan merangkumi Larian Komuniti, Pertandingan Memasak antara JPKK, Pertandingan Basikal Lambat untuk kanak-kanak, Pertandingan Mewarna untuk murid sekolah rendah serta Pertandingan Tarik Tali. 

Karnival kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri  merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah LRTSB, Turut hadir ke karnival kali ini ialah Yang Berhormat ADUN Air Putih merangkap Lembaga Pengarah LRTSB, En Mohd Hafiz bin Adam, Ketua Eksekutif LRTSB YM Tuan Haji Che Ku Hafeez Bin Che Ku Denang, Pengurusan dan Kakitangan LRTSB, pemimpin masyarakat setempat serta wakil-wakil agensi.

Sejumlah 800 Penyertaan bagi semua kategori acara yang dipertandingkan kali ini. LRTSB mengucapkan tahniah kepada semua pemenang serta ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan membantu menjayakan karnival kali ini.